Susur kejadian Pengeboman_MacDonald_House

Persediaan

Tiga orang marinir dalam Korps Komando Operasi iaitu Harun Thohir, Usman Janatin dan Gani bin Arup tiba di Singapura dari Pulau Jawa pada pukul 11.00 pagi dengan berpakaian menyamar sebagai orang awam. Mereka juga beroperasi dengan nama samaran untuk melindungi diri: Harun Thohir diberi nama samaran "Harun Said" manakala Usman Janatin diberi nama samaran "Usman Hj Mohamed Ali". Ketiga-tiga mereka ditugaskan untuk melakukan suatu sabotase jauh di pusat bandar Singapura di mana mereka diarahkan mengebom sebuah pencawang tenaga elektrik menggunakan 12.5 kilogram (atau 28 oz) bahan peledak.

Ketiga-tiga mereka mengubah rancangan mereka di mana mereka menyasarkan sebuah bangunan komersil milik Hong Kong And Shanghai Bank yang dilihat strategik untuk misi mereka: bangunan 10 tingkat itu juga menempatkan Suruhanjaya Tinggi Australia dan Konsulat Jepun, dan terletak hanya 1.4 km dari Istana (yang kini menjadi kediaman rasmi Presiden Singapura).[2][3]

Bom meletup pada pukul 3:07 petang.

Penangkapan, pembicaraan dan penghukuman

Ketika ketiga-tiga mereka melarikan diri, Usman dan Harun berpecah ke pantai sementara Gani memilih laluan yang berbeda. Usman dan Harun merampas perahu bermotor untuk cuba melarikan diri, namun perahu motor rosak; seberapa petugas dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri serta polis cawangan Singapura berjaya menangkap Harun dan Usman sementara Gani berjaya lolos. Pemeriksaan di bangunan itu pada beberapa hari yang berikutan turut mendapati bahawa ada bukti sekitar 20 hingga 25 paun (9 hingga 11 kg) bahan peledak nitrogliserin digunakan untuk menghidupkan bom itu.[4]

Memandangkan mereka berada dalam pakaian awam dan mensasarkan bangunan awam, kedua-dua lelaki itu telah dibicarakan di Singapura atas pembunuhan tiga orang yang terkorban di dalam letupan itu. Mereka telah disabitkan kesalahan dan digantung sampai mati di Penjara Changi pada 17 Oktober 1968.[5][3][6]